PENGENALAN BLOG
Blog ini ditubuhkan bagi memenuhi tuntutan subjek KSPK2163 Teknologi Matlamat dan Komunikasi Sebagai Alat Rangsangan Pembelajaran. Blog ini mengandungi tunjang-tunjang yang digunakan untuk membuat RPH yang digunakan untuk pengajaran kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun ditadika mahupun pra sekolah. Tunjang-tunjang ini terkandung dalam buku KSPK semakan 2017, dalam buku ini mengandungi 6 Tunjang iaitu Tunjang Sains dan Teknologi, Tunjang Kemanusiaan, Tunjang Komunikasi, Tunjang Keterampilan Diri, Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika dan Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai. Nama blog kami ialah Blog Kanak-kanak Pemacu Harapan, tujuan kami memilih tajuk bloh ini adalah kerana untuk melahirkan kanak-kanak yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan keupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran negara
VISI
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
MISI
- Memperkukuhkan sikap positif dan mengamalkan nilai-nilai murni ke arah pembangunan yang lebih seimbang
- Membangunkan potensi kanak-kanak
Comments
Post a Comment