TUNJANG KOMUNIKASI


Tunjang komunikasi menekankan kepada kemahiran berbahasa secara lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi. Tunjang ini mengandungi disiplin ilmu bahasa yang wajib dipelajari oleh semua murid pra sekolah iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Disamping itu, aspek seni bahasa juga diterapkan dalam tunjang ini. Aspek seni merujuk kepada keupayaan murid memahami, menungkap dan menghargai bahasa yang indah melalui pelbagai aktiviti dan permainan bahasa seperti nyanyian, bercerita, berlakon dan berpuisi.

OBJEKTIF

Selepas aktiviti pembelajraan yang berteraskan Bahasa Melayu, murid boleh;-
  • Memberi respons secara bertatasusila terhadap pelbagai bahan rangsangan yang didengar.
  • Berkomunikasi dan menyampaikan idea.
  • Membaca dan memahami ayat mudah.
  • Menulis perkataan, frasa dan ayat mudah 





Comments