TUNJANG SAINS DAN TEKNOLOGI

Tunjang Sains dan Teknologi memberi penekanan kepada pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik, serta pengetahuan dan kemahiran matematik. disiplin ilmu yang terkandung dalam tunjang ini ialah Sains Awal dan Matematik Awal.

OBJEKTIF

Selepas mengikuti aktiviti pembelajaran yang berteraskan Sains Awal, murid boleh;-

  • Mengembangkan sikap ingin tahu dan minat tentang dunia disekeliling mereka
  • Menguasai kemahiran saintifik dan berfikir secara kreatif dan kritis
  • Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni
  • Berinteraksi dan berkongsi maklumat serta menyelesaikan masalah
Kemahiran proses sains yang dikenal pasti untuk dikembangkan;-
  1. Memerhati ialah menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau untuk mengumpul maklumat tentang objektif dan fenomena
  2. Mengelaskan ialah membuat pemerhatian untuk mengasing dan mengumpulkan objek atau fenomena berdasarkan ciri-ciri yang sama
  3. Mengukur ialah membuat pemerhatian secara kuantitatif dengan menggunakan unit bukan piawai. Contohnya, objek dan bahagian badan seperti jengal, tapak kaki, depa dan genggam.
  4. Membuat inferens ialah membuat kesimpulan awal yang munasabah, yang mungkin benar atau tidak untuk menerangkan sesuatu peristiwa atau pemerhatian
  5. Meramal ialah membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau berdasarkan data
  6. Berkomunikasi ialah menerima, memilih, menyusun dan mempersembahkan maklumat atau idea dalam bentuk tulisan, lisan, jadual, graf atau model

Comments