TUNJANG PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN ESTETIKA

Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika menekankan perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri serta pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi terhadap karya seni dalam kalangan murid. Tunjang ini melibatkan komponen perkembangan fizikal dan penjagaan kesihatan;- serta kreativiti dan estetika.
Perkembangan Fizikal dan Penjaagn Kesihatan terdiri daripada;-

  1. Perkembangan Fizikal
  • Perkembangan fizikal meliputi kemahiran motor halus, kemahiran motor kasar, kemahiran manipilatif dan pergerakan berirama yang merupakan asas kepada pelbagai pergerakan kompleks yang diperlukan dalam kehidupan. Perkembangan fizikal sangat penting terhadap kecergasan badan, kecerdasan minda, tenagkasan, koordinasi dan kesihatan murid.
      2. Penjagaan Kesihatan
  • Penjagaan kesihatan memberi penekanan kepada Pendidikan Kesihatan dan Reproduktif dan Sosial(PEERS). Kesedaran mengenai kesihatan, keselamatan dan pemakanan perlu diterapkan dari peringkat awal lagi supaya dapat menjadi amalan dalam kehidupan seharian murid


OBJEKTIF

Selepas mengikuti aktivit pembelajaran yang berteraskan Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan, murid boleh:-

  • Melakukan pelbagai pergerakan motor halus dan motor kasar
  • Melakukan pergerakan dengan imbangan dan kewalan
  • Meneroka pelbagai pergerakan
  • Melakukan pelbagai kemahiran manipulasi
  • Menamalkan gaya hidup yang sihat melalui pemakanan yang seimbang dan penjagaan kebersihan diri
  • Melindungi diri dan memahami kepentingan menjaga keselamaatn diri

Comments