TUNJANG KEMANUSIAAN

Tunjang Kemanusiaan menekankan kepada penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global serta pengahayatan semangat patriotisme dan perpaduan.

OBJEKTIF

Selepas mengikut aktiviti pembelajaran yang berteraskan Tunjang Kemanusiaan, murid boleh;-

  • Memahami hubungan diri dengan anggota keluarga, rakan dan komuniti
  • Melaksanakan tanggungjawab diri
  • Berbangga dengan identiti dan keistimewaan negara
  • Menghormati warisan budaya masyarakat Malaysia
  • Menunjukkan sikap sayang akan alam sekitar
  • Menghormati masyarakat global

Comments